Cari @ Amanz

Setelah sekian lama dinantikan, kini ianya mula diperkatakan yang mana Windows 7 SP1 sudah pun menghampiri fasa akhir, sekaligus, memperlihatkan yang mana ianya bakal dilancarkan tidak lama lagi kepada umum. Walaubagaimanapun, seperti semua sedia maklum, Windows 7 SP1 hanya membawakan kemaskini-kemaskini sedia ada yang telah ditawarkan melalui Windows Update sahaja.

Beberapa laman yang mengikuti perkembangan Windows 7 SP1 mengatakan yang mana kini, ianya telah pun mencapai Windows 7 SP1 RTM, dan hanya menunggu masa sahaja sebelum ianya diperkenalkan kepada para pengguna. Pada masa yang sama, sebuah artikel daripada blog Microsoft Technet mengatakan yang mana Windows 7 SP1 akan dilepaskan seawal hari ini, namun masih tidak disahkan lagi.

Sebelum ini, Microsoft telah mengesahkan yang mana Windows 7 SP1 akan dilancarkan kepada umum, selewatnya pada penghujung bulan Mac 2011, dan tarikh pastinya masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd