Carian
Yahoo! Mail Beta Menyokong Tema Dan Beberapa Fungsi Baru
January 13, 2011 Aman

Setelah memperkenalkan versi beta untuk antaramuka baru Yahoo! Mail pada bulan Oktober yang lepas, kini mereka memperkenalkan beberapa perkara baru tambahan untuknya, menjadikannya lebih menarik lagi. Antara perkara baru yang diperkenalkan termasuklah beberapa warna pilihan baru, selain sokongan Y! Calendar dan juga aplikasi Notepad.

Tema pada emel sememangnya merupakan salah satu fungsi yang diminati ramai. Sebelum ini, Google telah memperkenalkan tema untuk GMail, dan kini Yahoo! pula membuat perkara sama, dimana kini para pengguna boleh mengubah-suai paparan antaramuka Yahoo! Mail Beta mereka mengikut warna yang disukai oleh mereka, dan menggunakan corak-corak kegemaran mereka.


Tema Pada Yahoo! Mail Beta

Selain daripada itu, kini anda boleh mengakses Calendar dan Notepad dengan lebih mudah lagi melalui Yahoo! Mail Beta ini. Yahoo! juga mengatakan yang mana mereka akan mengintegrasikannya dengan lebih mendalam lagi pada Yahoo! Mail dalam masa terdekat nanti.

Yahoo! Mail Beta baru ini juga kini turut membolehkan para pengguna memuat-naik lebih daripada satu fail sebagai attachment pada emel dengan mudah. Selain itu, anda juga kini boleh mengikuti perkembangan semasa rakan-rakan anda, samaada melalui Yahoo!, Facebook mahupun Twitter dengan lebih pantas, dengan hanya klik pada tab Updates.

Mungkin banyak lagi fungsi menarik akan diperkenalkan pada Yahoo! Mail Beta dalam masa akan datang, sebelum ianya diperkenalkan secara rasmi kepada semua. Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah ianya akan diperkenalkan kepada semua. Namun begitu, pelbagai fungsi menarik dijangka akan diperkenalkan pada Yahoo! Mail dalam masa terdekat ini.

Tips daripada @Piratz. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter atau emelkan kepada media(a)amanz.my.

Komen