Cari @ Amanz

Facebook kini diura-ura akan memperkenalkan platform komen, sekaligus kelak akan bersaing dengan beberapa perkhidmatan sedia ada yang lain, termasuk Intense Debate dan juga Disqus. Selain daripada itu, Facebook juga diperkatakan akan bekerjasama dengan beberapa media internet dalam menggunakan platform mereka ketika pelancarannya kelak.


Fungsi Threaded Pada FB Comments

Menariknya, platform komen itu kelak akan membolehkan para pengguna log masuk menggunakan akaun Facebook ataupun Twitter, selain membawakan fungsi komen secara threaded, dan juga kebolehan untuk “Like” sesuatu komen itu. Pada masa yang sama, komen juga di-sync antara Facebook Page dan juga laman yang memaparkan komen tersebut, sekaligus membolehkan komen yang dihantarkan pada Facebook Page diperlihatkan pada halaman web berkenaan.

Buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat ujian, dan platform baru ini tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan. Namun begitu, anda masih boleh mencuba fungsi komen Facebook pada laman lain dengan beberapa plugin sedia ada, termasuk untuk WordPress dan yang lain, sementara platform yang baru belum diperkenalkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd