Cari @ Amanz

Nampaknya dunia startup di Malaysia akan terus berkembang dengan sihat sepanjang tahun ini. Selain daripada beberapa inkubator yang sedia ada di Malaysia, kini Grey Attic diperkenalkan, dimana melaluinya ianya menyasarkan untuk melabur dalam antara 8 hingga 10 perniagaan setiap tahun.

Grey Attic membawakan konsep lebih kurang serupa dengan Y-Combinator dan SeedCamp, namun ianya disesuaikan dengan pasaran Malaysia. Setiap tahun, Grey Attic dijangka akan mengadakan pengambilan sebanyak dua kali, dan setiap kali, mereka akan menawarkan tempat untuk hampir 6 startup tempatan.

Melalui program tersebut, setiap startup akan diperkenalkan dengan kebolehan untuk dikomersialkan dan ianya akan ditukarkan kepada suatu perniagaan dalam tempoh masa tiga bulan. Selepas 100 hari, setiap startup tersebut akan mempersembahkan kembali projek mereka, dan duit tambahan akan dilaburkan pada perniagaan tersebut berdasarkan status dan keupayaannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd