Cari @ Amanz

Selepas laporan demi laporan mengura-urakan pengumuman iPad 2, terkini, laman All Things D melaporkan yang mana beberapa sumber mula memperkatakan yang mana Apple akan mengadakan sebuah acara khas untuk mengumumkan iPad 2 kepada umum, iaitu lebih seminggu daripada hari ini.

Sebelum ini, ianya kedengaran yang mana iPad 2 akan ditangguhkan sementara, dan nampaknya perkara tersebut mungkin tidak benar berdasarkan laporan terkini ini. Jikalau iPad 2 diumumkan pada 2 Mac kelak, nampaknya ianya masih lagi mengikut jadual untuk mula dijual bermula bulan April kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd