Cari @ Amanz

Dengan meningkat-naiknya industri perkomputeran dan perkomputeran awan, semestinya ramai yang tercari-cari dengan pelbagai produk dan perkhidmatan atas talian yang memudahkan produktiviti mereka. Selain daripada beberapa perkhidmatan sedia ada, Microsoft turut sama menyediakan perkhidmatan seumpamanya melalui Microsoft BPOS.

Apakah Itu BPOS

BPOS ataupun nama penuhnya Business Productivity Online Suite memberikan pelbagai fungsi dan kebolehan produktiviti samaada untuk perniagaan besar ataupun SME, dimana melalui perkhidmatan perkomputeran awan mereka, Microsoft menyediakan beberapa perkhidmatan, termasuk Microsoft Exchange Server, Microsoft Office SharePoint Server, Microsoft Office Communications Server, dan juga Microsoft Online Live Meeting.

Melaluinya, anda dengan mudah boleh menguruskan para pelanggan anda dengan lebih mudah dan terurus, selain memastikan komunikasi anda lebih selamat dan sentiasa dapat dihubungi. Microsoft BPOS juga pada masa yang sama membolehkan anda bekerja daripada mana-mana lokasi ataupun dengan sesiapa jua, dengan hanya menggunakan internet. Mesyuarat dan sebagainya juga turut sama boleh dilakukan tanpa sebarang keperluan untuk anda menjelajah jauh.

Harga dan Kos

Salah satu perkara yang sentiasa menjadi igauan para pengguna dalam menggunakan perkhidmatan seumpamanya adalah harga dan kos yang terlibat. Microsoft menyediakan pelbagai harga yang berbeza untuk para pengguna berdasarkan penggunaan dan keperluan mereka.

Pada masa yang sama, anda boleh mendaftarkan diri untuk menggunakan perkhidmatan BPOS ini secara percuma selama 30 hari. Menariknya adalah dimana dalam tempoh 30 hari ini, anda boleh mencuba pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan melaluinya, serta hanya memilih perkhidmatan yang anda gemari sahaja.

Setiap lesen yang anda beli melalui BPOS kelak selepas versi percubaan adalah tertakluk kepada penggunaan selama 1 tahun. Jadi ada patutnya para pengguna mencuba terlebih dahulu sebelum memohon untuk harga perkhidmatan daripada pihak Microsoft. Harga yang ditawarkan oleh Microsoft adalah serendah $2 sebulan untuk satu perkhidmatan (satu pengguna).

Kelebihan BPOS

Seperti sedia maklum, terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan lebih kurang serupa seperti mana yang ditawarkan oleh Microsoft. Walaubagaimanapun, daripada apa yang dapat dilihar, Microsoft menyediakan sebuah antaramuka yang menarik sekali untuk perkhidmatan BPOS mereka. Memandangkan pada hari ini, ramai yang menggunakan aplikasi Microsoft pada komputer mereka, ianya tidak akan menjadi masalah besar untuk para pengguna baru untuk mempelajari BPOS.

Pada masa yang sama, BPOS turut menawarkan perkhidmatan sekuriti mereka yang terbaik dalam industri. Dan dengan Microsoft dibelakangnya, para pengguna tidak perlu bimbang mengenai data yang dikongsikan mereka dalam talian.

Siapa Yang Patut Menggunakannya?

Salah satu perkara utama dalam membuat perniagaan pada masa kini adalah kos penyelengaraan IT dan yang berkaitan dengannya. Dengan BPOS, perniagaan dapat mengurangkan kosnya, selain sekiranya anda melakukan perniagaan secara kecil-kecilan, anda tidak perlu bimbang mengenainya, malah boleh beroperasi secara profesional seperti syarikat-syarikat besar yang lain.

Pendaftaran

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, sebelum para pengguna meminta harga daripada pihak Microsoft, ada baiknya mereka menguji terlebih dahulu pelbagai perkara sebelum membeli perkhidmatan yang diperlukan sahaja oleh anda.

Para pengguna yang berminat juga boleh menghubungi rakan niaga Microsoft BPOS yang berhampiran, ataupun meninggalkan persoalan di ruangan komen dibawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd