Cari @ Amanz

Sementara perkembangan Google Music yang masih lagi tidak berapa diketahui, Amazon mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan perkhidmatan mereka terlebih dahulu, yang mana dipanggil sebagai Amazon Cloud Player, membolehkan anda memainkan lagu secara terus melalui storan internet anda.

Melalui Cloud Player ini, Amazon menyediakan sokongan untuk memainkan lagu secara terus melalui desktop, mahupun peranti Android anda. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu membeli sebarang lagu atau album daripada Amazon MP3 Store, dan seterusnya memilih pilihan Save To Amazon Cloud Drive.

Dengan berbuat demikian, lagu-lagu akan ditambah pada Amazon Cloud Drive, dimana kemudiannya para pengguna boleh memainkannya terus melalui komputer, mahupun peranti Android. Buat masa ini, Amazon Cloud Drive menawarkan sehingga 5GB ruangan storan, yang mana boleh dinaik-taraf kepada 20GB secara percuma ketika membeli album MP3 melalui Amazon MP3 Store.

Sebelum ini, Amazon telah melancarkan Amazon AppStore yang mana memberikan cabaran langsung kepada Android Market, dan kini dengan Amazon MP3 Store, ianya secara langsung terus memberikan cabaran kepada perkhidmatan Google yang masih lagi belum dilancarkan sehingga kini, iaitu Google Music.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd