Cari @ Amanz

Ianya mungkin benar ataupun sebaliknya, dimana kini kedengaran beberapa laporan memperkatakan yang mana Research In Motion sedang bersiap sedia untuk membawa aplikasi popular BlackBerry mereka, iaitu BlackBerry Messenger kepada platform Android dan juga iOS.

Informasi akhir mengenainya masih tidak diketahui, namun begitu, berkemungkinan besar, RIM akan memberikan aplikasi BlackBerry Messenger itu secara percuma kepada Android dan iOS. Walaubagaimanapun, berkemungkinan besar, RIM hanya memperkenalkan BlackBerry Messenger versi lite sahaja, dan bukannya versi penuh. Namun begitu, para pengguna Android dan iOS masih lagi boleh menghantar dan menerima teks BBM dengan mudah melaluinya, tetapi tidak boleh menghantar pesanan suara, gambar dan sebagainya seperti pada BlackBerry.

BBM merupakan salah satu sebab mengapa ramai membeli BlackBerry, tetapi kini dengan kemunculan beberapa aplikasi lain seperti Whats App dan Kik, mungkin RIM ingin bersaing dengan mereka, dengan turut sama menjadikan aplikasi mereka menyokong pelbagai platform.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi diperingkat ura-ura dan masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak RIM buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd