Carian
Celcom Bakal Menjual iPhone 4?
March 2, 2011 Aman

Setelah Maxis dan DiGi berlumba memperkenalkan iPhone 4 di Malaysia, kini ianya mula kedengaran yang mana Celcom turut akan serta dalam jualan iPhone 4 di Malaysia tidak lama lagi, berkemungkinan besar, seawal bulan Mac 2011 ini.

Namun begitu, sehingga kini, masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak Celcom berkaitan dengannya. Sebelum ini, pada bulan September lepas, Celcom telah pun memperkenalkan kad mikro-SIM, sekaligus membolehkan para pengguna iPhone 4 dan iPad 3G menggunakan perkhidmatan telekomunikasi mereka.

Celcom juga turut sama ada menawarkan pelbagai perantian mudah-alih yang lain, terdiri daripada pelbagai platform, termasuk BlackBerry, Android, dan juga Windows Phone 7. Mungkinkah Celcom akan membawa masuk iPhone 4 ke Malaysia? Sama-sama kita nantikannya.

Komen