READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

HTC Incredible S Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 18, 2011 oleh

Selain daripada pelancaran Nexus S, hari ini juga menyaksikan dimana HTC Malaysia telah pun melancarkan HTC Incredible S di Malaysia. Berbeza dengan Nexus S yang agak mahal, HTC Incredible S dijual pada harga cuma RM1,999.

HTC Incredible S membawakan skrin Super LCD WVGA seluas 4-inch, yang mana sama seperti Nexus S, turut membawakan Android 2.2. Ianya turut membawakan kamera 8-megapixel dengan fungsi dual-flash, serta kamera hadapan untuk panggilan video.

Selain boleh didapati pada harga RM1,999 bermula penghujung bulan April ini, para pengguna juga boleh mendaftarkan minat untuk mendapatkan HTC Incredible S pada harga yang lebih murah dengan mengambil pakej rasmi daripada DiGi. Buat masa ini, harganya masih lagi belum diumumkan secara rasminya.

Terdapat 5 komen
  1. best ke HTC. kat mana ada tempat nak try handphone ni amanz? ;)
    kalau best, boleh try. boleh la angkat satu. ngee

  2. sy dh pb borong 2 htc incredible s ni..satu utk sy,satu utk hubby sy..mmg terbaeeekkk la bro!..

    • sy baru beli htc incredible s ni blm pn 2minggu bateri cepat habis kadang2 dia restart sendiri…baru gune internet xsmp pn 5minit dan2 tu bateri tggl stgh,dan xsmp mlm lg da nk kena cas bateri…

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN