Cari @ Amanz

Selain daripada pelancaran Nexus S, hari ini juga menyaksikan dimana HTC Malaysia telah pun melancarkan HTC Incredible S di Malaysia. Berbeza dengan Nexus S yang agak mahal, HTC Incredible S dijual pada harga cuma RM1,999.

HTC Incredible S membawakan skrin Super LCD WVGA seluas 4-inch, yang mana sama seperti Nexus S, turut membawakan Android 2.2. Ianya turut membawakan kamera 8-megapixel dengan fungsi dual-flash, serta kamera hadapan untuk panggilan video.

Selain boleh didapati pada harga RM1,999 bermula penghujung bulan April ini, para pengguna juga boleh mendaftarkan minat untuk mendapatkan HTC Incredible S pada harga yang lebih murah dengan mengambil pakej rasmi daripada DiGi. Buat masa ini, harganya masih lagi belum diumumkan secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd