Cari @ Amanz

Seperti semua maklum, Microsoft telah pun melancarkan pelayar web generasi terkini mereka, Internet Explorer 9 pada 15 Mac yang lepas, iaitu lebih kurang dua hari yang lalu. Menariknya, kini Microsoft telah pun mengeluarkan statistik semasa, memperlihatkan yang mana Internet Explorer 9 telah dimuat-turun lebih 2.3 juta kali pada 24 jam pertama.

Dengan keluarnya angka muat-turun ini, ianya turut memperlihatkan yang mana Internet Explorer 9 telah dimuat-turun hampir 27 kali setiap sesaat. Walaupun angka tersebut tidak begitu besar, namun untuk salah satu pelayar web yang sering dikritik sebelum ini, ianya merupakan suatu pencapai yang besar.

Selain daripada muat-turun biasa, para pengguna yang terlebih dahulu memasang Internet Explorer 9 samaada versi Beta ataupun RC, mereka akan menerima kemaskini terkini pelayar web Microsoft tersebut melalui Windows Update tidak lama lagi. Bagi yang belum mencuba, anda juga boleh memuat-turun Internet Explorer 9 secara percuma dan menikmati pelbagai perkara baru yang dibawakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd