Cari @ Amanz

Jikalau anda mengikuti perkembangan berita Mozilla, semestinya anda mengetahui yang mana Mozilla kini mensasarkan untuk mengeluarkan Firefox 5, 6 dan 7 dalam tempoh tahun ini. Menariknya, kini pihak Mozilla telah pun mengeluarkan draft latar masa mereka untuk membangunkannya, memperlihatkan masa pembangunan 6 minggu, sama seperti Chrome.

Sebelum ini, Mozilla mengambil masa sehingga 18 bulan untuk membangunkan pelayar web mereka. Namun begitu, kini mereka mensasarkan untuk memperlajukan pembangunan pelayar web mereka, dimana mereka mengikuti cara Google Chrome, mengambil latar masa lebih kurang 6 minggu, selain turut memecahkannya kepada empat saluran berbeza, iaitu Mozilla Central (nightly), Firefox-Experimental, Firefox-Beta dan juga Firefox (stabil).

Selain daripada itu, Mozilla juga mensasarkan untuk pembangunan fungsi-fungsi baru yang mungkin mengambil masa sehingga 18 minggu, sebelum ianya disertakan pada versi akhir Firefox.

Sebagai permulaan, Mozilla mensasarkan sehingga 16 minggu untuk Firefox 5, dan seterusnya Firefox 6 dan 7 akan mengikut jangka masa 6 minggu selepas setiap pelancaran. Jadi, mungkin kita akan dapat melihat Firefox 5 sebelum penghujung bulan Julai, dan seterusnya diikuti dengan Firefox 6 pada bulan Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd