Cari @ Amanz

Opera hari ini telah pun mengumumkan pelancaran Opera Mobile Store milik mereka yang mana boleh diakses oleh pengguna di lebih 200 negara, membolehkan mereka mengakses pelbagai aplikasi baru terus daripada perantian mudah-alih mereka dengan menggunakan Opera Mini dan Opera Mobile.

Sebelum ini, pihak Opera telah pun memperkatakan yang mana aplikasi pelayar mudah-alih mereka kini digunakan oleh lebih daripada 100 juta pengguna seluruh dunia, dan dengan pelancaran Opera Mobile Store ini, ianya kelak akan mendapat perhatian ramai pengguna untuk memuat-turun pelbagai aplikasi, berbayar dan percuma, yang mana sesuai digunakan pada pelbagai platform.

Ketika versi percubaan Opera Mobile Store pada bulan Februari yang lepas, ianya telah menarik minat lebih 15 juta pengguna seluruh dunia dengan lebih 700,000 aplikasi dimuat-turun setiap hari. Kini, dengan pelancarannya secara rasmi, semestinya ianya akan menarik minat lebih ramai pengguna dan juga pembangun untuk ke Opera Mobile Store.

Untuk menjayakan perkara ini, Opera Software telah bekerjasama bersama-sama dengan Appia, membolehkan Opera menawarkan pelbagai kandungan dan aplikasi terus daripada Opera Mobile dan Opera Mini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd