Cari @ Amanz

Setelah membawakan sokongan Facebook Chat pada Yahoo! Messenger 11 Beta, kini fungsi seumpamanya mula diperkenalkan pada Yahoo! Mail Beta, membolehkan para pengguna bersembang dengan rakan-rakan Facebook mereka terus daripada laman Yahoo! Mail.


Yahoo! Mail Beta Yang Baru

Nampaknya, kini Yahoo! mengintegrasikan Facebook kepada pelbagai produk daripada mereka, sekaligus menarik para pengguna lebih lama menghabiskan masa pada laman-laman mereka. Selain daripada fungsi Facebook Chat, Yahoo! Mail Beta turut sama membawakan sedikit perubahan pada antaramuka.

Yahoo! Mail Beta turut sama membawakan sebuah tab baru, dipanggil Conversation Tab, membolehkan anda mengakses arkib komunikasi IM anda yang dibuat melalui Yahoo! Mail Beta dan Yahoo! Messenger 11 Beta, serta memudahkan anda merujuk mesej-mesej lama dengan mudah melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd