Cari @ Amanz

Setelah pelbagai info ringkas yang didengari sebelum ini mengenai perkhidmatan muzik berasaskan perkomputeran awan daripada Google untuk Android, kini aplikasi tersebut dilihat seperti mula tersebar diinternet.

Ianya diperkatakan yang mana aplikasi tersebut dikenali sebagai Android Music 3.0, dan didapati daripada Android Market versi pembangun. Aplikasi tersebut memperlihatkan antaramuka yang lebih kurang serupa seperti pemain muzik dan multimedia sedia ada pada Android, namun ianya ditambah dengan beberapa fungsi membolehkan lagu-lagu dimainkan terus daripada internet.


Antaramuka Aplikasi Android Music 3.0 [via]

Fail APK untuk aplikasi tersebut boleh dimuat-turun dan diuji oleh para pengguna. Ianya masih lagi belum diperkenalkan secara rasmi oleh Google, namun mungkin kita akan dapat melihat suatu persaingan yang sihat antara Android Music 3.0 dan juga Amazon Cloud Player tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd