Cari @ Amanz

Setelah diperkatakan mengenai tawaran muzik berasaskan perkomputeran awan daripada Apple sebelum ini, kini lebih banyak petanda memperlihatkannya, dan terkini Apple bersama-sama dengan Warner Music telah pun menandatangani perjanjian kerjasama. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana perkhidmatan terbaru daripada Apple itu bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sebelum ini, pada minggu lepas, ianya telah diperkatakan yang mana Apple dalam perbincangan bersama-sama dua syarikat muzik besar, dan ianya tidak diketahui samaada Warner Music ini sebahagian daripadanya ataupun rakan kerjasama mereka yang baru.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui bilakah Apple akan melancarkan perkhidmatan muzik berasaskan awan mereka itu, namun ianya diperkatakan yang mana Apple bakal melancarkannya sebelum Google melancarkan Google Music.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd