Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan, hari ini LG Optimus 2X dan juga LG Optimus Black telah pun diperlihatkan di Malaysia. Buat masa ini, hanya LG Optimus 2X sahaja mula dijual pada harga RM1899, dan para pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM878 melalui Celcom.

Celcom buat masa ini hanya mengadakan promosi ringkas, dimana 300 pengguna pertama yang membeli LG Optimus 2X di Sepang mulai hari ini sehingga 10 April boleh mendapatkannya pada harga hanya RM878.

LG Optimus 2X merupakan antara peranti pertama yang menggunakan cip pemprosesan dual-core, serta membawakan sistem operasi Android. Menurut LG, Optimus 2X kelak dijangka akan mendapat kemaskini Android Gingerbread sekitar bulan Jun nanti.

LG Optimus Black pula masih tidak diketahui harganya lagi, dan dijangka akan tiba di Malaysia sekitar bulan Mei kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd