Cari @ Amanz

Nampaknya adakah kerjasama antara Yahoo! dan Microsoft mungkin tidak akan bertahan lama? Seperti sedia maklum, Microsoft dengan Yahoo! telah pun bekerjasama dalam menjana enjin carian Yahoo!, dan terkini, Microsoft cuba untuk menarik para pengguna Yahoo! Mail untuk menggunakan perkhidmatan Hotmail.


Halaman Khas Disediakan Oleh Microsoft

Melalui suatu artikel pada blog rasmi mereka, Microsoft menyenaraikan beberapa sebab mengapakah Hotmail lebih bagus daripada Yahoo! Mail, selain turut sama menyediakan sebuah halaman khas untuk mengajak para pengguna bertukar menggunakan Hotmail.

Namun begitu, sesuatu yang pelik, adalah mengapakah Microsoft hanya menyasarkan para pengguna Yahoo! Mail sahaja dan bukannya pengguna GMail dan perkhidmatan yang lain sekali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd