Cari @ Amanz

Selain dalam proses membangunkan rekabentuk halaman yang serba baru, 1tube.my juga kini dilihat memperkenalkan salah satu perkara baru pada halaman mereka, iaitu pengiklanan diatas video, sama seperti apa yang terdapat pada YouTube. Melaluinya ianya membolehkan para pengiklan mengiklan dengan mudah produk mereka diatas video-video yang terdapat pada 1tube.my

Namun begitu, ianya dilihat yang mana para pemilik video turut sama mempunyai kawalan keatas pengurusan pengiklanan pada video mereka, membolehkan pengiklan menghubungi pemilik video tersebut, tanpa perlu melalui pihak 1tube.my. Namun begitu, ianya tidak diketahui bagaimanakah perjanjian pihak 1tube.my dengan pemilik video tersebut, selain mana berapakah peratusan keuntungan yang akan diperolehi oleh pihak 1tube.my melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd