Cari @ Amanz

Dari semasa ke semasa, Google sering menguji pelbagai perkara baru pada enjin carian mereka, dan kini ianya dilihat yang mana Google menguji beberapa perubahan pada halaman hasil carian mereka, disamping turut membawakan penggunaan warna yang lebih cerah berbanding sebelumnya.


Format Baru Pada Hasil Carian Google


Format Lama Pada Hasil Carian Google

Melalui perubahan yang dapat dilihat, selain daripada warna, kedudukan URL juga diubah kepada bahagian atas, dibawah tajuk. Selain daripada itu, pautan kepada halaman Cached dan juga Similar dilihat telah dibuang dan tidak lagi disertakan.

Namun begitu, ianya mungkin ujian yang dijalankan oleh pihak Google sahaja buat masa ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya dari semasa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd