Cari @ Amanz

Nampaknya penangguhan daripada pihak Maxis berkenaan dengan HTC Flyer adalah disebabkan oleh penangguhan penghantaran global daripada pihak HTC, sekaligus menjadikan jadual pelancaran Maxis turut sama terjejas sekali. Maxis pada masa yang sama mengatakan yang mana maklumat lanjut akan dikemaskini oleh Maxis dalam masa terdekat ini, sebelum penghujung bulan Mei.

Walaubagaimanapun, pakej dan pelan HTC Flyer dengan harga RM199 masih akan kekal. HTC Flyer merupakan tablet Android pertama daripada HTC, yang mana pada masa yang sama membawakan cip pemprosesan 1.5GHz dan juga skrin seluas 7-inch dengan resolusi 1024×600 pixel. Harga pasaran tempatan untuk HTC Flyer adalah bermula daripada RM2499.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd