Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan, hari ini Microsoft bakal membuat pengumuman rasmi berkaitan dengan Windows Phone Mango, dan kini Microsoft telah pun mengeluarkan beberapa perkara dan fungsi utama yang bakal dibawakan oleh kemaskini Windows Phone, iaitu Mango pada tahun ini nanti.

Secara ringkasnya, kemaskini ini dibahagikan kepada bahagian utama, iaitu komunikasi, aplikasi dan juga internet yang lebih pantas. Melalui kemaskini Mango ini, Microsoft memberikan perhatian utama untuk ketiga-tiga perkara ini dengan lebih serius lagi.

Windows Phone Mango akan membawakan pengintegrasian sosial yang lebih bagus lagi, dimana selain Facebook, Twitter dan juga LinkedIN akan turut diintegrasikan secara menyeluruh. Pada masa yang sama, semua mesej diperlihatkan dalam bentuk yang mudah, dan anda boleh mengikuti komunikasi daripada SMS, Facebook dan juga Windows Live pada satu skrin dengan lebih mudah lagi. Windows Phone Mango juga akan membawakan sokongan Groups, selain mana turut sama membawakan sokongan teks-ke-suara dan juga suara-ke-teks.

Selain itu, Windows Phone terkenal dengan fungsi Tiles-nya, dan melalui Mango, fungsi tersebut akan ditambah baik dengan menyokong lebih banyak informasi lagi. Sokongan multi-task juga diperbaiki lagi, membolehkan anda menggunakan lebih banyak aplikasi dengan mudah pada masa yang sama.

Windows Phone Mango juga akan membawakan Internet Explorer 9, pelayar web dengan sokongan HTML5 dan juga sokongan penuh hardware acceleration. Selain daripada itu, ianya juga turut sama membawakan Bing Vision, Bing Audio dan juga Bing Voice.

Kemaskini untuk Windows Phone bakal diperkenalkan pada penghujung tahun ini, dan beberapa peranti baru termasuk daripada Nokia juga akan diperkenalkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd