Cari @ Amanz

Seperti mana yang diura-urakan sebelum ini, kini Digitimes melaporkan yang mana Apple bakal memberikan nafas baru kepada keluarga MacBook Air-nya sekitar bulan Jun atau Julai kelak. Seperti beberapa produk baru daripada Apple sebelum ini, MacBook Air yang baru ini dijangka turut sama akan membawakan sokongan Tunderbolt, dan cip pemprosesan Intel Sandy Bridge.

MacBook Air baru ini juga akan didatangkan dalam dua model berbeza, iaitu bersaiz 11.6″ dan juga 13.3″. Sekiranya Apple melancarkan Mac OS X Lion pada WWDC yang akan datang ini kelak, berkemungkinan kita akan dapat melihat MacBook Air ini turut sama didatangkan dengan sistem operasi generasi baru itu kelak.

Buat masa ini, tarikh pelancaran pastinya masih tidak diketahui, dan diperkatakan adalah sekitar bulan Jun atau Julai kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd