Cari @ Amanz

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini beberapa info tambahan berkaitan Joomla! Day Malaysia telah pun diketahui, disamping, laman rasmi mereka yang telah pun dilancarkan. Seperti sedia maklum, Joomla! Day Malaysia bakal diadakan pada 25 Jun ini, dan akan diadakan di Menara Berkembar Petronas, KLCC.


Laman Web Joomla Day Malaysia 2011

Joomla! Day Malaysia ini akan diadakan sepanjang hari, bermula daripada 8.30 pagi hingga ke 5.30 petang. Seperti sedia maklum, ianya merupakan acara yang diadakan daripada komuniti kepada komuniti, namun memakan sedikit kos, termasuk untuk makanan, baju khas Joomla! Day, bayaran untuk para penyampai, dan beberapa perkara lain lagi.

Sempena dengan pendaftaran awal, Joomla Day Malaysia menawarkan harga tiket bermula daripada RM99. Namun begitu ianya hanya sehingga 15 Mei ini sahaja. Walaubagaimanapun, bagi para pembaca Amanz.my yang berminat, mungkin anda boleh mengambil pakej berkumpulan, dimana sekumpulan terdiri daripada 5 orang, dan setiap seorang hanya perlu membayar RM75 sahaja. Mungkin anda boleh memperlihatkan minat anda diruangan komen, dan akan dihubungi oleh mereka lain yang ingin turut serta, sekaligus mengurangkan kos untuk anda.

Ianya dijangka lebih 250 orang akan menyertai Joomla Day Malaysia untuk tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd