Cari @ Amanz

Nampaknya berkemungkinan besar, kita akan dapat melihat pengumuman berkenaan dengan perkhidmatan muzik berasaskan perkomputeran awan daripada Apple pada acara WWDC bulan Jun kelak. Selepas beberapa perjanjian ditandatangani, kini Apple telah pun mendapatkan persetujuan Sony dan EMI, sekaligus hanya tinggal Universal Music Group sahaja sebelum ianya dilancarkan.

Selain daripada itu, baru-baru ini juga Apple telah memfailkan paten untuk perkhidmatan perkomputeran-awan pada iTunes milik mereka. Secara ringkasnya, perkhidmatan muzik-awan daripada Apple ini kelak akan membolehkan para pengguna memainkan lagu secara terus daripada pelayan melalui internet pada peranti mereka, selain menjimatkan ruangan storan dan sebagainya.

Baru-baru ini, Amazon telah melancarkan perkhidmatan seumpamanya, dinamakan Amazon Cloud Player, selain Google telah pun melancarkan Google Music dalam versi beta. Namun begitu, kedua-dua syarikat ini dikatakan melancarkannya tanpa sebarang perjanjian berkenaan lesen bersama-sama dengan syarikat keluaran muzik, berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd