Cari @ Amanz

Setelah melabur US$100 juta pada bulan Julai yang lepas, kini syarikat telekomunikasi terbesar di Korea Selatan, SK Telecom menambah pelaburan mereka di syarikat telekomunikasi tempatan, P1 iaitu sebanyak tambahan RM50 juta lagi. Dengan pelaburan ini, ianya sekaligus diperkatakan mengukuhkan lagi kedudukan SK Telecom di pasaran Asia Tenggara.

Sebelum ini, SK Telecom telah melabur $100 juta untuk pegangan saham sebanyak 25.8% pada Packet One Networks (P1), sekaligus menjadi pemegang saham kedua terbesar padanya. Buat masa ini, P1 dalam perancangan untuk menaik-taraf rangkaian mereka kepada LTE TDD, dan dijangka akan memulakan ujiannya pada penghujung tahun ini, dan memperkenalkannya kepada pengguna sekitar penghujung tahun hadapan.

P1 juga mensasarkan untuk mencapai 450,000 orang pelanggan menjelang penghujung tahun ini, sebelum mensasarkan untuk menarik sehingga 1 juta pelanggan menjelang tahun 2013 kelak. Kini pelanggan P1 dijangka adalah sekitar 300,000 orang pelanggan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd