Cari @ Amanz

Setelah kedengaran beberapa berita mengenai fungsi-fungsi baru pada WordPress 3.2, kini pihak Automattic sendiri telah mengeluarkanWordPress 3.2 Beta 1 untuk para pengguna supaya boleh mencubanya terlebih dahulu sebelum versi akhir WordPress 3.2 menyusul dengan pelbagai fungsi-fungsi serta tema baru yang menarik.
Buat masa ini, pihak pembangun WordPress mensasarkan penghujung Jun untuk pelancaran WordPress 3.2, namun tarikh tersebut mungkin berubah dan mungkin ianya akan dilanjutkan lagi, mahupun dipercepatkan lagi. Pada WordPress 3.2, pembangunnya membawakan beberapa perkara baru, termasuk peningkatan prestasi, antaramuka halaman pentadbir yang diperkemaskini, tema Twenty Eleven yang serba baru, lebih banyak pautan ditambah pada Admin Bar, serta editor visual untuk penulisan yang diberikan nafas baru.

Selain daripada itu, kini WordPress juga memerlukan pelayan yang menggunakan PHP 5.2.4 dan juga MySQL 5.0 untuk berfungsi sepenuhnya, serta mana kini ianya tidak lagi menyokong Internet Explorer 6. Anda juga dinasihatkan untuk tidak menguji versi pembangunan ini pada blog utama anda, sebaliknya menggunakan laman khas mahupun localhost untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd