Cari @ Amanz

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, YTL Communications, ataupun nama lainnya, Yes4G bakal melancarkan aplikasi Yes Life mereka untuk para pengguna iOS esok secara rasminya. Namun begitu, menariknya ianya kelihatan yang mana aplikasi Yes Life untuk iOS kini sudah pun terdapat pada iTunes dan sudah pun boleh dimuat-turun oleh para pemilik peranti iOS.

Menurut penerangan ringkas padanya, ianya memperkatakan yang mana Yes Life akan mengubah peranti iPad, iPad 2, dan iPod Touch kepada telefon bimbit mudah-alih anda, membolehkan anda membuat panggilan dan menghantar SMS dengan mudah kepada sebarang nombor di dunia ini pada kadar yang amat rendah.

Yes Life untuk iOS ini bersaiz lebih kurang 10.2MB dan sesuai untuk peranti iPhone, iPod Touch, dan iPad yang menggunakan iOS 4.0 dan terkini, dan boleh dimuat-turun secara percuma melalui iTunes, dan AppStore pada peranti masing-masing. Kami akan cuba membawakan pelbagai maklumat terkini berkaitan dengan Yes Life untuk iOS ini daripada pelancarannya esok petang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd