Cari @ Amanz

Akhirnya, aplikasi BitTorrent yang diminati ramai, iaitu uTorrent telah pun dikemaskini kepada versi baru, iaitu uTorrent 3.0, membawakan pelbagai fungsi dan sokongan baru, termasuk kebolehan untuk stream media ketika anda sedang memuat-turunnya, berkongsi fail dengan mudah dan pantas – dengan hanya drag-dan-drop, dan banyak lagi.

Selain daripada itu, bagi para pengguna Android, anda semestinya meminati sokongan akses terus melalui komputer atau peranti Android anda yang lain, membolehkan anda mengawal dan melihat proses muat-turun dan sebagainya.

Pada masa yang sama, uChat juga turut sama diperkenalkan, membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan anda yang lain dengan mudah, melalui BitTorrent.

Semua pengguna yang berminat boleh memuat-turun uTorrent 3.0 secara percuma dan menguji semua perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd