Cari @ Amanz

Hari ini, Nokia telah pun mengatakan yang mana Apple telah bersetuju untuk membayar royalti kepada Nokia disebabkan penggunaan teknologi Nokia pada peranti mereka, sekaligus menamatkan hampir sehingga 46 pelanggaran paten Nokia oleh Apple. Walaubagaimanapun, informasi berkaitan dengan nilai pembayaran tidak diumumkan.

Menurut Nokia, melalui perjanjian yang dicapai, Apple bersetuju untuk membayar sebuah jumlah pembayaran untuk sekali, dan royalti dari semasa ke semasa daripada Apple. Ini sekaligus akan memberikan impak yang besar keatas pendapatan Nokia selepas ini.

Sebelum ini, ianya kelihatan seperti mana Nokia menghadapi masalah dalam terus kekal sebagai pengeluar peranti mudah-alih terkemuka dunia. Selain daripada itu, ianya turut sama membawakan impak yang besar kepada saham Nokia. Mungkin dengan pembayaran royalti secara berterusan oleh Apple, ianya akan memberikan nilai tambah kepada Nokia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd