Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan sokongan tema mesra peranti mudah-alih pada Blogger In Draft, hari ini secara rasminya, Google memperkenalkan sokongan ini kepada semua pengguna Blogger seluruh dunia. Kini semua boleh mengaktifkan fungsi ini, sekaligus menjadikan blog mereka lebih mesra peranti mudah alih.

Kini semua pengguna Blogger boleh memilih daripada 27 rekabentuk tema mudah-alih yang disediakan, serta mengaktifkan fungsi ini dengan mengakses ke halaman Email & Mobile (Dashboard > Settings > Email & Mobile).

Seperti sedia maklum, pada masa kini, pengguna peranti mudah-alih semakin bertambah, dan semestinya dengan menawarkan halaman blog anda dalam bentuk mesra peranti mudah-alih, ianya akan memudahkan mereka melayari laman blog anda, dan pada masa yang sama menjimatkan penggunaan data mereka.

Blogger Mobile

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd