Cari @ Amanz

Selepas Apple mengumumkan integrasi Twitter bersama-sama iOS, kini ianya kelihatan yang mana Facebook tidak lama lagi akan memperkenalkan sebuah aplikasi ataupun sokongan kepada perkongsian imej dan gambar melalui aplikasi iPhone mereka. Namun begitu, informasi rasminya masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Menurut TechCrunch, mereka telah menerima fail sebesar 50MB dengan pelbagai maklumat berkaitan projek baru yang sedang dibangunkan secara dalaman oleh Facebook. Buat masa ini, ianya dipanggil sebagai “Hovertown” ataupun “WithPeople” secara dalaman. Tambah TechCrunch lagi, ianya mungkin kelihatan sebagai sebuah aplikasi berasingan buat masa kini, namun berkemungkinan ianya akan diintegrasikan bersama-sama aplikasi iPhone utama pada versi akhirnya kelak.

Ianya diketahui yang mana Facebook menerima lebih daripada 6 billion muat-naik imej setiap bulan, dan mempunyai hampir 100 billion gambar pada masa kini. Mungkinkah sekiranya Facebook memperkenalkan aplikasi ini, ianya akan memberikan impak besar kepada pelbagai aplikasi perkongsian gambar sedia ada?

Kredit : TechCrunch

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd