Cari @ Amanz

Setelah diperkatakan sebelum ini, kini ianya seperti disahkan yang mana Samsung GALAXY S 2 bakal dilancarkan di Malaysia pada 22 Jun akan datang ini. Ianya mungkin akan dilancarkan bersama-sama dengan Maxis, dan mungkin Maxis akan subsidikan sehingga RM400 untuk para pengguna mereka.

Samsung Galaxy S2

Namun ianya masih tidak diketahui bilakah ianya akan dijual, samaada akan dijual pada hari tersebut juga, ataupun perlu menunggu beberapa hari sebelum ianya dijual. Walaubagaimanapun, pihak Maxis telah pun memulakan pra-daftar untuk Samsung Galaxy S2.

Selain daripada itu, lebih kurang dua minggu selepas pelancaran Samsung Galaxy S2 juga, Samsung Malaysia dijangka bakal melancarkan tablet mereka yang dinantikan ramai, Samsung Galaxy Tab 10.1.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd