Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan, sehari sebelum Samsung melancarkan Galaxy S2 di Malaysia, hari ini HTC Malaysia telah pun melancarkan tiga peranti terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu HTC Sensation, HTC Salsa, dan juga HTC ChaCha. Ketiga-tiganya adalah peranti berasaskan Android, dan membawakan HTC Sense bersama-sama dengannya.

Seperti mana yang pernah kami laporkan pada penghujung bulan lepas, HTC Sensation dilancarkan di Malaysia pada harga RM2299 secara rasminya, dan bakal dijual melalui Maxis dan juga DiGi tidak lama lagi. Ianya juga telah mula dijual oleh beberapa pengedar tempatan sejak daripada awal bulan tempoh hari.

Selain daripada HTC Sensation, HTC turut sama melancarkan HTC ChaCha dan juga HTC Salsa, dimana HTC ChaCha akan dijual pada harga RM1099, manakala HTC Salsa dijual pada harga RM1499.

Namun begitu, salah satu perkara yang mungkin sukar dihadapi oleh HTC kelak adalah cabaran daripada Samsung, yang mana menawarkan peranti Galaxy S2 pada harga RM2099, iaitu berharga lebih murah RM200 daripada HTC Sensation. Walaubagaimanapun, bagi para peminat HTC Sense, semestinya mereka kekal akan memilih HTC Sensation, walaupun membawakan spesifikasi yang lebih kurang serupa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd