Cari @ Amanz

Nampaknya bermula daripada Firefox 7 kelak, Mozilla akan mengikut jejak langkah Opera dan juga Google Chrome, dimana mereka tidak lagi akan memperlihatkan http:// pada bar URL mereka, sebaliknya akan memulakan dengan nama domain ataupun www pada bar URL mereka.

Bagi yang ingin melihatnya terlebih dahulu, anda boleh memuat-turun Firefox 7 Nightly, yang mana telah pun membuang http:// pada bar alamat URL mereka. Ianya diperkatakan, dengan langkah ini, ianya akan memberikan impak dan penglihatan lebih tinggi kepada nama domain web itu sendiri, dan memudahkan pengguna mengingatinya pada masa depan.

Mungkin dengan tiga pelayar web terkemuka mengambil langkah ini, kita akan dapat melihat pelayar-pelayar web yang lain turut mengikut jejak langkah yang sama tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd