Cari @ Amanz

Ketika melancarkan pelayar web Opera 11.50 Swordfish minggu ini, Opera turut sama telah menambah fungsi statistik padanya, membolehkan semua pengguna melihat angka muat-turun semasa pelayar web tersebut, dan ianya dilihat yang mana ianya dimuat-turun lebih 5.4 juta kali dalam 24 jam pertama.

Ketika artikel ini ditulis, angka tersebut telah pun melepasi lebih daripada 7.6 juta, dan masih sedang meningkat dengan pantasnya. Melalui Opera 11.50, pelayar web kesukaan ramai itu membawakan beberapa perkara termasuk perubahan dari segi rekabentuk dan antaramuka, serta membawa fungsi Speed Dial kepada suatu tahap yang lebih tinggi lagi.

Para pengguna yang masih belum memuat-turun pelayar web Opera, boleh berbuat demikian dan mencubanya hari ini, samada pada Windows, Linux mahupun pada Mac OS X.

24 hours. 5.4 million downloads. Thanks everyone for your support! http://t.co/XgQZtbuless than a minute ago via web Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd