Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk memperluaskan penggunaan teknologi TD-LTE di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, hari ini, Packet One (P1) bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi terbesar China, iaitu China Mobile telah pun memeterai perjanjian dan mengumumkan kerjasama mereka berdua.

Melalui perjanjian ini, ianya akan membolehkan P1 memulakan pembangunan TD-LTE di Malaysia, selain pada masa yang sama mempromosikan TD-LTE kepada semua termasuk para pengguna lain di Asia Tenggara.

Sebelum ini, pihak P1 telah pun memperlihatkan demo ringkas, yang mana menunjukkan melalui rangkaian TD-LTE, mereka boleh mencapai kelajuan melebihi 100Mbps dengan mudah. P1 dijangka akan memulakan ujian TD-LTE ini pada penghujung tahun ini, dengan mula memperkenalkan kepada para pengguna bermula penghujung tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd