Cari @ Amanz

Kini, pemilik Mark Zuckerberg telah pun mengumumkan yang mana Facebook akan melancarkan sesuatu perkara yang menarik pada minggu hadapan, dan seperti biasa, masih tidak memberikan sebarang maklumat lanjut berkaitan tersebut, dan manjadikannya teka-teki untuk semua penggunanya.

Sebelum ini, Facebook telah dilaporkan dalam pembangunan beberapa perkara menarik. Salah satunya adalah perkhidmatan muzik atas talian daripada mereka yang mana bakal dilancarkan dengan kerjasama beberapa nama besar yang lain.

Disamping itu, sebuah aplikasi perkongsian gambar baru untuk para pengguna iPhone juga diperlihatkan sebelum ini, diperkatakan akan diperkenalkan oleh Facebook tidak lama lagi. Pada masa yang sama, aplikasi iPad untuk Facebook turut diperkatakan dalam pembangunan, serta rekabentuk baru halaman dalam proses ujian.

Ianya masih tidak diketahui apakah yang bakal dilancarkan oleh Facebook pada minggu hadapan. Apakah tekaan anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd