Cari @ Amanz

Kini, Microsoft mengatakan yang mana mereka telah menaik-taraf prestasi perkhidmatan emel mereka, iaitu Hotmail, dimana kini ianya boleh diakses dengan lebih 10 kali lebih pantas berbanding pada bulan Disember 2010 yang lepas.

Menurut Microsoft, mereka telah mengambil pelbagai langkah baru dalam menjadikan perkhidmatan emel berasaskan web mereka lebih pantas, serta pada masa yang sama membandingkan bersama-sama dengan penyedia yang lain. Dalam usaha untuk menjadikannya lebih pantas, kini Hotmail menggunakan fungsi cache sepenuhnya, dimana data tidak dihantar untuk setiap permintaan seperti sebelumnya, dan dihantar apabila diperlukan sahaja.

Selain daripada itu, beberapa langkah lain turut diambil, dimana mereka turut membawakan sokongan fungsi pra-muatan, dimana sementara pengguna sedang membaca tajuk emel mereka pada halaman Inbox, mesej-mesej pada emel dimuat-turun di latar belakang, sekaligus, kini pengguna boleh membacanya lebih pantas dan bukannya seperti dulu lagi.

Microsoft memperkatakan yang mana kemaskini ini telah pun dilakukan, dan para pengguna sudah boleh menikmati perkara ini hari ini, dan pada masa yang sama, mereka terus berusaha untuk lebih mengoptimasikan produk mereka untuk terus memenuhi dan menarik minat penggunanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd