Cari @ Amanz

Sebelum ini telah diperkatakan yang mana Windows Phone Mango bakal membawakan integrasi Twitter, dan kini sebuah video khas telah pun memperlihatkan demonstrasi integrasi Twitter pada Windows Phone Mango. Selain daripada Twitter, ianya turut sama memperlihatkan integrasi LinkedIN padanya.

Kedua-dua integrasi ini akan diperkenalkan pada People Hub, dan pada masa yang sama, Windows Phone juga turut sama membawakan cara senang untuk memilih anda ingin membaca kemaskini daripada rangkaian sosial yang mana. Mango turut sama membawakan cara notifikasi sosial baru, membolehkan anda mengikuti perkembangan semasa profail anda, dan juga rakan-rakan anda dengan mudah.

Buat masa ini, ianya dijangkakan yang mana Microsoft bakal melancarkan Windows Phone Mango sekitar September atau Oktober, bersama-sama beberapa peranti baru yang bakal dilancarkan bersama-sama dengannya. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd