Cari @ Amanz

Kini, MIMOS dan juga anak syarikat Telekom Malaysia, iaitu VADS telah pun mengumumkan kerjasama dan telah pun menandatangani perjanjian, dimana mereka berdua bakal menyediakan perkhidmatan perkomputeran awan yang dikenali sebagai VADS Cloud Computing dalam masa beberapa minggu lagi.

VADS Cloud Computing yang bakal menawarkan tiga jenis perkhidmatan, iaitu infrastruktur, platform dan juga aplikasi itu, dijangka akan dilancarkan secara berperingkat, dan fasa pertama bakal dilancarkan pada bulan Ogos 2011 ini. Perkhidmatan ini kelak akan dijana menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh MIMOS iaitu MIMOS Cloud Computing Platform yang mana masih lagi diperingkat percubaan beta buat masa ini.

Informasi lanjut dijangka akan diumumkan sebaik sahaja ianya dilancarkan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd