Cari @ Amanz

Selain membangunkan pelayar web Firefox, Mozilla turut ingin memudahkan proses log masuk dan pengurusan akaun para pengguna dengan mudah melalui BrowserID. Melaluinya juga ianya menjadi salah satu alternatif kepada OpenID, dan merupakan salah satu projek sumber terbuka daripada Mozilla, yang direkabentuk untuk digunakan pada semua laman web.

Untuk mula menggunakannya, ianya hanya memerlukan para pengguna mendaftar dengan hanya satu-klik, dan mengikut protokol emel daripada Mozilla sendiri, sekaligus membolehkan para pengguna menggunakan emel untuk daftar masuk. Menariknya, ianya turut direkabentuk untuk digunakan pada pelbagai pelayar web, termasuk Internet Explorer dan juga pada pelayar web mudah-alih, memandangkan ianya menggunakan HTML dan juga JavaScript.

Buat masa ini, ianya masih pada peringkat eksperimental, namun para pembangun boleh mengikuti perkembangan mereka, dan mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat ianya digunakan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd