Cari @ Amanz

Research In Motion hari ini mengumumkan yang mana bermula bulan Julai ini, beberapa peranti BlackBerry akan mula dibuat dan dikeluarkan di Pulau Pinang, Malaysia untuk digunakan dan dipasarkan di seluruh dunia. Ianya berkemungkinan merupakan salah satu langkah untuk menumpukan perhatian kepada para pengguna Asia, yang mana merupakan antara pengguna BlackBerry aktif di dunia.

Mungkin selepas ini, kita mungkin akan dapat melihat peranti-peranti BlackBerry dikeluarkan di Malaysia, dan sekaligus mungkin akan dilancarkan di Malaysia bersama-sama dengan pelancaran globalnya, membolehkan para pengguna tempatan menggunakan peranti terkini BlackBerry dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd