Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S2 baru sahaja dilancarkan dibeberapa buah negara, namun ianya telah memperlihatkan angka jualan yang amat menarik sekali, dimana kini ianya diperkatakan peranti Android dwi-teras daripada Samsung itu telah terjual lebih daripada 6 juta unit. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan sekali ganda sejak beberapa minggu yang lepas.

Samsung Galaxy S

Walaubagaimanapun, ianya masih bukan angka rasmi yang dikeluarkan oleh Samsung, sebaliknya adalah mengikut beberapa laporan. Menariknya lagi adalah dimana ianya masih belum mula dijual di Amerika Syarikat lagi buat masa ini, dan baru diperkenalkan dibeberapa buah negara sahaja.

Di Malaysia, peranti dwi teras daripada Samsung yang membawakan cip pemprosesan 1.2GHz ini dengan skrin 4.3-inch dijual pada harga RM2099, dan boleh didapati dengan lebih murah apabila dibeli bersama-sama pakej syarikat telekomunikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd