Cari @ Amanz

Kini, ianya diperkatakan yang mana Microsoft telah pun selesai membangunkan sistem operasi mudah-alih mereka yang dinantikan, iaitu Mango, yang mana membawakan sehingga 50 fungsi baru padanya. Pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana versi akhirnya kini sudah pun dihantar kepada pembangun peranti, dan peranti Mango bakal diperlihatkan tidak lama lagi.

Windows Phone Mango kini telah diperkatakan untuk beberapa bulan, sejak Microsoft memperlihatkannya sebelum ini. Melaluinya, ianya membawakan pelbagai perkara baru, termasuk integrasi Twitter dan LinkedIn padanya. Salah satu perkara baru yang dinantikan adalah Internet Explorer 9, serta sokongan HTML5 yang ditambah-baik.

Buat masa ini, tarikh rasmi pelancarannya masih tidak diketahui, dan sebelum ini, pihak Microsoft sendiri pernah mengatakan yang mana, peranti Windows Phone Mango bakal muncul sekitar September, dan turut diura-ura akan yang mana, mungkin juga diperlihatkan kepada umum pada Ogos ini.

Selain itu, salah satu perkara yang dinantikan, adalah telefon pintar Nokia yang menggunakan Windows Phone, yang mana diperkatakan akan mengubah nasib < ahref="http://amanz.my/tag/nokia">Nokia sepenuhnya. Mungkin kita akan dapat mengetahui lebih lanjut berkaitan perkara ini dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd