Cari @ Amanz

Pada awal minggu ini, pembangun WordPress telah pun memperkenalkan dan melancarkan WordPress 3.2 kepada umum. Antara perkara yang diperkenalkan pada WordPress 3.2 termasuklah mematikan sokongan pelayar web Internet Explorer 6. Kini, nampaknya, melalui versi akan datang, iaitu WordPress 3.3, ianya dijangka akan mematikan sokongan untuk Internet Explorer 7.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ianya hanya sekadar satu kemungkinan, dan perkara ini masih terletak kepada keputusan akhir pembangun.

Sebelum ini, Microsoft sendiri telah meminta para pengguna beralih daripada Internet Explorer 6, kepada pelayar web yang lebih terkini memandangkan pelbagai perkara tidak disokong oleh pelayar web tersebut.

Melalui WordPress 3.2, ianya memperlihatkan pelayar web yang kita gunakan melalui halaman dashboard, dan melaluinya meminta para pengguna untuk mengemaskini kepada versi terkini sekiranya terdapat kemaskini untuk pelayar web tersebut.

Dear IE 7, Don’t get comfortable. You’re next. Love, @WordPressless than a minute ago via Twitter for iPhone Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd