Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, perancangan dan pembangunan WordPress 3.3 telah pun dimulakan sebaik sahaja pelancaran WordPress 3.2 tempoh hari, dan kini ianya diperkatakan yang mana salah satuu fungsi baru yang dijangka akan diperkenalkan pada WordPress 3.3 mungkin adalah fungsi kemaskini automatik sepertimana terdapat pada Google Chrome.

Sebelum ini, sejak WordPress 2.7, fungsi kemaskini mudah telah diperkenalkan, namun masih memerlukan para pengguna untuk klik pada butang kemaskini untuk mengemaskininya. Kini, dalam usaha untuk memudahkan proses kemaskini, dan untuk memastikan para pengguna WordPress menggunakan versi terkini, kemaskini automatik yang seumpama Chrome, dimana tidak memerlukan para pengguna klik sebarang butang dan pautan.

Namun begitu, ianya juga mungkin akan membawa kepada beberapa masalah, termasuk plugin dan tema yang tidak disokong pada versi terkini, dan lain-lain lagi. Buat masa ini, pihak pembangun WordPress masih lagi dalam perbincangan, dan masih belum mengesahkan apakah yang bakal dibawa oleh WordPress 3.3 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd