Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan BlackBerry AppWorld 3.0 yang dilepaskan pada saluran beta baru-baru ini? Kini nampaknya RIM telah pun bersedia untuk melancarkannya, dan kini diperkatakan yang mana BlackBerry AppWorld 3.0 itu bakal diperkenalkan kepada para pengguna BlackBerry pada 22 Ogos ini (23 Ogos waktu tempatan?).

Melalui BlackBerry AppWorld 3.0, RIM membawakan perubahan drastik dari segi kepenggunaan dan juga antaramuka aplikasi tersebut, dimana kini aplikasi turut disusun mengikut kategori seperti Aplikasi, Permainan, dan juga Tema, dimana melaluinya ianya kini lebih memudahkan pengguna untuk mencari dan memuat-turun sesuatu aplikasi.

Sama seperti beberapa aplikasi baru yang lain, BlackBerry AppWorld 3.0 turut sama mengintegrasikan sokongan BBM padanya, memudahkan para pengguna berkongsi sesuatu perkara bersama yang lain.

Bagi yang ingin mencubanya terlebih dahulu, boleh memuat-turunnya daripada Beta Zone, ataupun tunggu sehingga minggu hadapan untuk memuat-turunnya dengan mudah. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd