Cari @ Amanz

Dengan pra-beta Windows 8 yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi, kini Microsoft sendiri secara rasminya telah pun merasmikan blog Windows 8 mereka tersendiri, berkongsikan pelbagai perkara menarik mengenai sistem operasi generasi akan datang mereka.

Sehingga kini, ianya masih lagi tidak diketahui secara rasminya samada adakah Microsoft akan menggunakan nama Windows 8 itu sendiri. Tetapi dengan pengenalan blog rasmi dengan nama sedemikian, ianya memperlihatkan penggunaan naman Windows 8 adalah salah satu kemungkinan besar.

Buat masa ini, melalui artikel pengenalan, Microsoft menjanjikan yang mana Windows 8 akan menyokong peranti yang menggunakan Windows 7 sedia ada ini. Selain daripada itu, Microsoft turut mengatakan yang mana mereka mendengar pelbagai kritikan dan maklumbalas berkaitan sistem operasi generasi akan datang itu daripada para pengguna.

Para pengguna yang berminat turut sama boleh mengikuti perkembangan lanjut mengenai Windows 8 terus melalui halaman rasmi blog mereka, ataupun melalui akaun Twitter @BuildWindows8 ataupun dengan ringkas, hanya mengakses http://win8.ms.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd